Melalui interaksi dengan pelbagai masyarakat lain, bangsa Melayu atau kelompok kelompok masyarakat telah mengalami proses dipengaruhi dan mempengaruhi. Kemampuan berubah merupakan sifat yang penting dalam kebudayaan manusia. Konsep dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan DKK) Malaysia telah digubal pada 1971 perlu diamati kerana mencorakkan wajah, jiwa dan semangat rakyat Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan berhubung kait dengan falsafah, pemikiran, kesenian, aspek kebendaan serta nilai dan norma kehidupan masyarakat induknya. Wajah kebudayaan Malaysia tidak boleh dibiarkan tenggelam dan pupus akibat pengaruh globalisasi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan DKK) di Malaysa telah meletakkan prinsip-prinsip kebudayaan asing boleh diserap dalam kebudayaan Malaysia asalkan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asal masyarakat Malaysia dan nilai-nilai ajaran agama. Kebudayaan, kesenian dan warisan wang dipertahankan mempunyai dua sifat iaitu bersifat kebangsaan dan bersifat serantau Malaysia bernasib baik kerana memiliki bangsa yang serumpun dan mengamalkan budaya yang hampir sama walaupun mengamalkan agama vang berbeza. Pembangunan dan kemajuan negara akan menjadi tidak berguna sekiranya pembangunan insan tidak seiring dengan pembangunan negara Segala kemaluan sains dan teknologi akan sempurna apabila kehidupan sesebuah bangsa dan kelangsungan sesebuah negara berialan serentak