BANGKOK 8 Ogos - Sebuah kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat akan berkuasa di Thailand paling awal pada penghujung tahun 2017 selepas negara itu meluluskan Perlembagaan yang digubal kerajaan junta sekali gus membuka laluan kepada satu pilihan raya umum.
Rakyat Thailand memberikan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha satu kemenangan meyakinkan dalam pungutan suara, semalam dengan keputusan awal menunjukkan lebih 61 peratus undi menyokong Perlembagaan baharu itu.
Keputusan penuh pungutan suara itu hanya akan diketahui Rabu ini.
“Kami percaya satu pilihan raya akan diadakan paling awal pada September atau Oktober 2017 ketika kerajaan baharu dibentuk pada Disember 2017,” kata jurucakap bagi Jawatankuasa Pembuat Draf Perlembagaan, Chatchai Na Chiang Mai, hari ini.
Menurut penganalisis politik, keinginan untuk melihat kestabilan politik di Thailand mendorong kepada Perlembagaan suara itu diluluskan.