Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuanmerupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentukPersekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysiaselepas Pahang dan keempat terbesar di Malaysia.
Negeri Perak Darul Ridzuan terletak bersempadan terus dengan negeri Kedah di sebelah utara, negara Thailand lebih tepat lagi bersempadan dengan Provinsi Yala disebelah timur laut. Negeri Pulau Pinang disebelah barat laut; Kelantan dan Pahang disebelah timur;Selangor di sebelah selatan dan Selat Melaka disebelah barat.