KHEU 25/11/2008 - Sebagai usaha membantu para mangsa yang ditimpa kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Kawasan Flat Lapangan Terbang Lama Berakas, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi Majlis Ugama Islam Brunei telah menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa terlibat.