Kajian ini bertujuan mengkaji pembelajaran geometri pepejal dalam kalangan
pelajar Tingkatan Satu dalam persekitaran pengajaran berasaskan fasa dengan
menggunakan
Geometer’s Sketchpad
(GSP) berdasarkan teori van Hiele. Khususnya,
kajian ini mengkaji tahap pemikiran geometri van Hiele awal pelajar tentang kubus dan
kuboid, dan bagaimana tahap van Hiele pelajar berubah selepas pengajaran berasaskan
fasa dengan menggunakan GSP. Pengkaji
menggunakan reka bentuk kajian kes dan
persampelan bertujuan untuk memilih enam peserta kajian kes daripada sebuah kelas
Tingkatan Satu yang mempunyai pelajar-pelajar berlainan kebolehan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap van Hiele awal
peserta berbeza-beza antara Tahap 0 dan
Tahap 2. Selepas pengajaran berasaskan fasa dengan menggunakan GSP, tahap van Hiele
peserta meningkat atau berada pada tahap yang sama