SUNGAI PETANI 19 Sept. - Sebanyak 432 penduduk di beberapa kampung di Kota Kuala Muda di sini terpaksa dipindahkan setelah kediaman masing-masing dinaiki air ekoran fenomena air pasang besar sejak semalam.
Penduduk berkenaan membabitkan 113 keluarga di sekitar Kampung Padang Salim, Kampung Paya dan Bukit Meriam yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Orang Ramai Kampung Paya dan Surau Kampung Sungai Yu sejak pukul 2 petang semalam.
SUNGAI PETANI 19 Sept. - Keadaan di Kuala Muda Kedah selepas fenomena air pasang besar yang melanda
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Azahar Ahmad berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) daerah Kuala Muda meminta penduduk di kawasan terlibat supaya berpindah ke tempat selamat.
“Tiga pusat pemindahan dibuka sejak semalam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala yang menempatkan 267 mangsa daripada 78 keluarga, di Dewan Orang Ramai Kampung Paya dengan 85 mangsa daripada 17 keluarga dan di Surau Sungai Yu, 80 mangsa daripada 18 keluarga,” katanya di sini hari ini.
Kebanyakan penduduk berkenaan adalah nelayan yang pernah mengalami insiden tsunami pada 2004. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/air-pasang-besar-432-penduduk-kuala-muda-dipindahkan-1.384782#sthash.XLFGQAnH.dpuf