Gabungan perkataan “Negara Zikir” merupakan istilah yang lahir dari Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Tahun 1428H/2007M, antara lain Baginda bertitah :
“Beta, insya Allah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya di dalam Surah al-Baqarah ayat 152