Orang-orang yang memelihara Allah adalah orang-orang yang selamat : Negara yang memelihara Allah adalah Negara selamat. Itulah dia “Negara Zikir”, seperti yang diungkapkan oleh Al-quran (baldah). Dan Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam ada mempunyai ciri-ciri (baldah) iaitu keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati sekarang. Apa yang perlu sekarang adalah beusaha untuk mengukuhkan lagi ciri-ciri tersebut sehingga menjadi kukuh sebati dan supaya kemakmuran itu sentiasa berterusan dapat dirasai sehingga generasi yang akan datang.