Mohamad Kholid Hamzah (lahir di Tanjung Karang, Selangor) adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan, Tanjung Karang dan Sekolah Menengah (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Beliau memperolehi Diploma Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi (Kaunseling) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.