JELEBU 1 Sept. – Penganjuran pertandingan yang melibatkan kemahiran seperti Pertandingan MyCCSkills membuktikan bahawa proses pendidikan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd. Razi Mohd. Ali berkata, ia sekali gus menyangkal dakwaan yang menyatakan sistem pendidikan negara kita ketinggalan.
“Malah, sokongan kementerian dalam memperkasa kemahiran adalah bukti nyata pemimpin negara sentiasa peka terhadap kepentingan perkembangan kemahiran kendiri serta kemahiran fizikal generasi muda,” jelasnya.