Kamu telah ditugaskan untuk mewawancara salah seorang pelajar di sekolah kamu yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam untuk dimuatkan dalam majalah tahunan sekolah. Tuliskan wawancara itu dengan lengkap. Baru-baru ini, Azlina binti Hassan yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam semasa majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang di dewan sekolah. Berikut ialah wawancara saya dengan Azlina.
Siti : Selamat pagi, Azlina. Nama saya Siti, wartawan majalah tahunan sekolah ini. Saya ingin mewawancara Azlina tentang kejayaan Azlina mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam baru-baru ini. Sudikah Azlina diwawancara?
Azlina: Silakan.
Siti : Terima kasih, Azlina. Mula-mula sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Azlina kerana mendapat keputusan yang cemerlang.
Azlina: Terima kasih.
Siti : Apakah perasaan Azlina ?
Azlina: Saya berasa bangga dan gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Saya juga bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kejayaan kepada saya.
Siti : Bolehkah Azlina berkongsi dengan kami tentang rahsia kejayaan kamu?
Azlina: Sebenarnya tidak ada rahsia di sebalik kejayaan saya. Bagi saya, kalau kita ingin berjaya, tidak ada jalan singkat kecuali berusaha dengan gigih. Setiap kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Setiap hari, saya menghabiskan masa enam jam untuk mengulangkaji pelajaran, iaitu tiga jam di sebelah petang selepas pulang dari sekolah dan tiga jam lagi pada sebelah malam.
Siti : Azlina, apakah perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa belajar atau mengulangkaji pelajaran ?
Azlina: Bagi saya, perkara yang paling penting ialah tumpuan atau fokus yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Tanpa fokus, agak sukar bagi seseorang untuk memahami dan menguasai apa yang dipelajarinya.
Siti : Selain daripada usaha dan tumpuan yang sepenuhnya, apakah lagi faktor yang menentukan kejayaan ?
Azlina: Disiplin dan keazaman yang tinggi.
Siti : Kenapa Azlina berkata begitu?
Azlina: Saya telah dilatih supaya berdisiplin sejak kecil lagi. Salah satu cara untuk mendisiplinkan diri ialah membuat jadual harian. Dengan adanya jadual harian, saya tahu bila masanya untuk belajar, beriadah, berehat dan tidur. Dengan cara ini, saya dapat menggunakan masa saya dengan sepenuhnya tanpa membazir kerana saya tahu “ masa itu emas ”.
Siti : Dari mana Azlina mendapat semangat dan membina kekuatan mental untuk berusaha?
Azlina: Saya suka membaca buku-buku motivasi kerana dari situ saya dapat belajar cara-cara memotivasikan diri. Di samping itu, saya juga banyak membaca buku-buku agama yang dapat memberikan kita ketenangan jiwa dan kekuatan mental yang membakar semangat saya untuk berjaya. Di samping itu,galakan dan dorongan daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya juga merupakan faktor penting yang mendorong saya untuk berjaya dalam pelajaran.
Siti : Apakah cita-cita Azlina apabila dewasa nanti?
Azlina: Saya bercita-cita menjadi seorang doktor.
Siti : Kenapa ?
Azlina: Ini adalah kerana bapa saya meninggal dunia semasa saya berumur enam tahun selepas gagal mendapat rawatan yang sempurna. Pada masa itu, keluarga kami miskin dan bapa saya yang menghidap kanser paru-paru tidak mempunyai wang untuk menjalani pembedahan. Akhirnya dia meninggalkan kami untuk selama-lamanya selepas terlantar di hospital selama dua bulan. Bermula dari saat itulah saya bertekad untuk menjadi seorang doktor agar dapat merawat para pesakit kerana saya dapat merasai kesengsaraan hidup yang dialami oleh seseorang pesakit dan keluarganya.
Siti : Apakah rancangan Azlina selepas ini?
Azlina: Saya berharap akan menerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kedoktoran. Keluarga saya memang tidak mampu membiayai kos pelajaran yang begitu tinggi jika belajar di luar negara. Kalau saya gagal menerima biasiswa, saya akan bekerja dahulu sambil menabung sehingga mendapat wang yang cukup untuk mencapai impian saya.
Siti : Akhir sekali, apakah nasihat Azlina kepada mereka yang ingin berjaya seperti kamu ?
Azlina: Nasihat saya ialah sentiasa berusaha dan yakin terhadap diri sendiri. Ingat selalu bahawa “ usaha tangga kejayaan.” Sekiranya menghadapi masalah dalam proses pembelajaran, jangan segan silu untuk bertanya kepada cikgu atau kawan-kawan. Sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran kerana apabila kita sudah bersedia untuk mencapai kejayaan, ini bermakna kita sudah pun menang separuh daripada perjuangan.
Siti : Terima kasih Azlina kerana sudi meluangkan masa bersama saya untuk wawancara ini. Saya bagi pihak jawatankuasa majalah sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada kamu dan semoga cita-cita kamu untuk menjadi doktor akan menjadi kenyataan.

การแปล กรุณารอสักครู่..