Wang (Ringgit Brunei)
Sejarah
Brunei menggunakan sistem kewangan Singapura dari 1800an sehingga 1967. Pada 1800an Dolar Dagang perak Mexico (XMSD - silver Mexico Trade Dollar) digunakan sebagai mata wang tetapi setelah penubuhan daerah perlindungan British (British protectorate), Dolar Penempatan Selat (STSD) menjadi mata wang rasmi negeri negeri selat. Dolar Selat ini dipautkan pada Pound Britain pada kadar satu dolar STSD bersamaan 28 pence dan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri negeri Selat.
Pada 1862, India mengeluarkan mata wang rasmi penempatan Selat setelah kuasa pemerintahan Negeri Negeri Selat dipindahkan ke India. Mata wang ini digunakan oleh Negeri negeri selat (1871 sehingga 1941), kerajaan Sarawak (1863 sehingga 1941), dan Syarikat British Borneo Utara (1967 sehingga 1941).
Jepun menduduki Brunei dari 16 Disember 1941 hingga Jun 1945. Dolar Gumpyo Jepun diperkenalkan oleh kerajaan Jepun dan mempunyai nilai yang sama dengan Dolar Selat. Bank Pembangunan Selatan ditubuhkan pada 20 Februari 1942 dan merupakan bank pusat untuk Brunei,