Oleh kerana persoalan yang disentuh adalah mengenai konsep negara zikir, maka dua perkara asas yang mesti dihuraikan ialah kepimpinan dan pemerintahan. Dalam ertikata yang ringkas, kepimpinan dalam negara mestilah mengikut lunas-lunas Islam, dan pemerintahnnya mestilah berteraskan aqidah Islam. Justeru itu matlamat ini hanya boleh dicapai jika mekanisme pemerintahan yang diwujudkan adalah menepati kehendak syariat Islam. Sebab itulah soal kepimpinan dan pemerintahan merupakan perkara yang paling ditekankan oleh Al-Sunnah . Ini dapat dilihat daripada ayat Al-Quran dan hadis berikut.