Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.