PORT DICKSON: Seorang pemandu lori lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Pantai 3, Batu 8, di sini, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, berlaku selepas beberapa jam T Chitraveelu, 48, tiba bersama isteri dan tiga anaknya dari Teluk Panglima Garang, Banting, Selangor.
Mangsa yang tidak pandai berenang, dikatakan terjatuh daripada pelampung ketika mandi laut bersama keluarganya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung kira-kira jam 9.35 malam tadi, tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.