Dalam mencari sebab mengapa masyarakat Melayu kini tidak menguasai tulisan jawi terutamanya warga remaja, beberapa punca boleh disenaraikan. Pertamanya mungkin kerana tulisan ini bukanlah tulisan yang menjadi kegunaan seharian warga dunia. Dalam erti kata lain, masih boleh hidup di dunia ini, dan masih boleh bekerja seseorang itu walaupun dia tidak menguasai tulisan jawi. Tidak seperti Bahasa Inggeris, yang sangat perlu dikuasai oleh seseorang itu sekiranya hendak berjaya dan bersaing dengan masyarakat dunia.
Kedua, mungkin kerana anak muda hari ini tidak ada tempat untuk belajar jawi. Mereka yang dewasa yang diharapkan untuk mengajar anak muda juga tidak menguasai tulisan ini. Lama-kelamaan, jika dibiarkan situasi ini berterusan, tidak mustahil tulisan jawi akan lenyap buat selama-lamanya.