Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.