Buntu selesai krisis
2014/02/04 - 06:16:00 AM Cetak Emel Kawan
Buntu selesai krisis
Penunjuk perasaan antikerajaan memotong kawat berduri di hadapan pejabat tempat Yingluck dilaporkan bertugas, di Bangkok semalam. - Foto REUTERS
Bangkok: Penunjuk perasaan antikerajaan semalam berikrar akan meneruskan perhimpunan jalanan bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra selepas pilihan raya yang terganggu gagal menjadi jalan keluar krisis politik negara itu.
Penunjuk perasaan anti kerajaan menghalang proses pengundian di ribuan stesen mengundi Ahad lalu, menghalang berjuta-juta pengundi melaksanakan hak mereka dan mendorong pihak berkuasa pilihan raya menggantung keputusan sehingga proses undian dilaksanakan di semua kawasan, tanpa satu tarikh yang pasti.
“Dianggarkan 45.8 peratus pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya Thailand pada 2 Februari lalu,” demikian laporan tidak rasmi, setiausaha agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Puchong Nutrawong semalam.
Puchong berkata mengikut laporan tidak rasmi, daripada sejumlah 44,649,742 pengundi yang layak mengundi, hanya 20,468,646 atau 45.84 peratus berjaya keluar mengundi.
Jumlah itu tidak termasuk pengundi yang layak di sembilan wilayah di mana proses mengundi terpaksa dibatalkan seperti Songkhla, Trang, Phatthalung, Phuket, Surat Thani, Ranong, Krabi, Chumphon dan Phangnga.
Tiada tanda kebuntuan berakhir
Setakat ini hampir tiada tanda-tanda kebuntuan akan berakhir terutama dengan parti pemerintah, Puea Thai yang bersiap sedia berdepan cabaran mahkamah berhubung pilihan raya itu dan juga tindakan undang-undang lain terhadap Yingluck.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini