Untuk Edisi 32 ini, kami bawakan temuramah khas bersama pemilik Anis Moist Cake iaitu pasangan suami isteri Puan Sophiahanis bt Md Hanipah dan Tuan Junaidy bin Abu Bakar. Ini merupakan kali pertama kami menemuramah pasangan suami isteri yang membangunkan syarikat secara bersama.
Siapa sangka, pasangan ini hanya bermula secara kecil-kecilan dari rumah dan kemudian mula mengambil kedai seterusnya kini berjaya memiliki sebuah kilang di Bukit Jelutong Shah Alam.
Tambah membanggakan baru-baru ini produk mereka telah berjaya memasuki pasaran outlet di 7 Eleven. Anis Moist Cake produk Bumiputera pertama yang berjaya memasuki rangkaian pasaran 7 Eleven Malaysia.
Bukan hanya mengeluarkan produk kek, pasangan ini sedang merancang hebat untuk membesarkan pengeluaran produk kepada kopi, dibawah syarikat Anis Food Sdn Bhd. Mudah-mudahan, usaha ini tercapai selaras matlamat syarikat mengetengahkan produk Bumiputera kepada pasaran yang lebih besar.
Tuan puan juga akan dihidangkan dengan artikel-artikel perkongsian dari penulis hebat Majalah Niaga yakni :
Baru Tumbuh Gigi Dah Pandai Nak Berniaga – Tan Sri Ali Hashim
17 Persediaan Penting Sebelum Anda Nekad Berhenti Kerja Untuk Memulakan Bisnes. – Firdaus Yasin
10 Penyebab Bisnes Lingkup Dalam 6 Bulan. – Coach Bahar
Fakta Bisnes Tentang Billionaire AliBaba.com, Jack Ma – Majalah Niaga
Ikuti perkongsian mereka, jatuh bangun dalam bisnes dan nasihat bisnes daripada pasangan suami isteri ini. Selamat membaca!