Pantun merupakan rakaman pengalaman dan pemerhatian peribadi si
pemantun dalam menjalani kehidupan seharian. Pengalaman dan
pemerhatian tersebut diungkapkan semula dalam baris-baris yang
walaupun terhad tetapi tidak menjejaskan mesej yang hendak
disampaikar.. Penggunaan nama-nama tempat nama-nama tokoh, aktiviti
kesenian, aspek kebudayaan boleh digunakan untuk mengkaji aspekaspek
budaya dalam sesebuah masyarakat di sesuatu tempat.
Bagaimanapun bahan-bahan ini (pantun) perlu diperbandingkan dengan
catatan-cata tan sejarah untuk dipastikan kebenaran fakta yang terdapat
di dalamnya.