IPOH 11 Julai - Seorang pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan di Kilometer 265.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini semalam, direman hari ini bagi membantu siasatan.
Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Ng Geok Nee dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini.