Disertasi ini mengkaji kaedah dan strategi pengurusan ekonomi Islam dalam institusi
al-rahn di Ar-Rahn Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini difokaskan kepada tiga aspek
utama iaitu: Pertama; kaedah instrumen al-rahn dan perlaksanaannya dalam ekonomi
semasa. Kedua; implikasi perundangan dan aplikasi Akta Pemegang Pajakgadai 1972
dalam instrumen al-rahn. Ketiga; strategi pengurusan dalam sistem ekonomi Islam
yang difokaskan kepada peranan Ar-Rahn dalam institusi ekonomi Islam. Ar-Rahn
dipiiih kerana ia mempunyai keupayaan dan kekuatan menyuburkan instrumen
ekonomi Islam dalam raasyarakat Malaysia khususnya masyarakat Kota Bharu,
Kelantan. Dengan berslogankan "KESEJAHTERAAN ANDA ADALAH
MATLAMAT KAMI", ia bergerak dalam akar umbi masyarakat miskin dan
sederhana, walaupun ia amat asing bagi golongan ini. Objektif mengubah amalan
gadaian yang bergelumang dengan riba dan gharar, semakin menampakkan basil,
apabila menginstitusikan Ar-Rahn dalam strategi pengurusannya. Bagaimanapun
pertembungan antara dua kaedah dalam al-rahn dengan gadaian riba telah banyak
memihak kepada pajak gadai riba terutama dari sudut operasi yang berasaskan Akta
Pemegang Pajakgadai 1972. Walaupun begitu, perubahan sikap masyarakat terhadap
al-rahn telah berhasil, apabila kuasa dan kehendak menjadi pemangkin utama
kepada perencanaan strateginya. Metodologi kajian ialah melalui analisis dan
penelitian data-data empirik yang diperolehi dari sumber primer dan sekunder, kaedah
pungutan data seperti pemerhatian, temubual, penelitian dan analisis data-data yang
dihasilkan oleh organisasi dalam pengurusannya merupakan sumber data utama yang
digunakan. Pengurusan al-rahn yang asing dan tersendiri di Kota Bharu, kini telah
dapat menembusi taraf kehidupan masyarakat hingga ke akar umbinya, Dalam
kerangka strategi pengurusan ekonomi Islam yang memerlukan perubahan sikap,
melaksanakan tanggungjawab, mengikut prosedur, peraturan, arahan dan amalan
pengurusan - Ar-Rahn dapat mencapai objektimya, serta memberi kesan langsung
kepada masyarakat Kota Bharu.