pendapat ahli antropologi tentang konsep ini berbagai-bagai. Bagi Malinowski (1962) adat ialah satu ragam tingkah laku yang secara tradisinya telah diselaraskan ke atas anggota sesuatu komuniti. Sapir (1931) pula berpendapat bahawa perkataan adat digunakan untuk keseluruhan pola tingkah laku yang telah dibentuk oleh tradisi dan tersemat di dalam jiwa raga sesuatu masyarakat.