Dalam kejadian pukul 2.45 petang semalam, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah melanggar 10 buah kenderaan semasa sedang menuruni bukit di lokasi kejadian.
Bas tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu brek tidak berfungsi dengan sempurna dan mengakibatkan bas yang dalam keadaan sedang menuruni bukit itu menjadi laju lalu melanggar kenderaan lain di hadapan.
Akibat kemalangan itu, seorang wanita berusia 21 tahun sakit di bahagian perut manakala penumpang dan pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak cedera. -UTUSAN ONLINE -