cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang melayu berlaku dalam mesyuarat majlis raja-raja pada 1903. za'ba seorang cendekiawan,menulis berkenaan gagasan tersebutdalam akbar lembaga melayu pada1917. gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan kelantan.Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme
..................................................................................
mulai 1957 hingga untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan melayu telah membentuk sebuah jawatan kuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan universiti kebangsaan malaysia pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di lembah pantai kuala lumpur. kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti pengajian islam
.........................................................................................................................................
pada 1974 ukm menubuhkan ukm kampus sabah di kebun kawang, papar. nama kebun kawang kemudiannya ditukar kepada limauan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu sebagai ketua menteri sabah. kampus yang menempatkan fakulti sains dan sumber alam ini berpindah ke bukit padang, kota kinabalu pada 1980. seterusnya berpindah ke menggatal, tuaran pada 1990 bersama fakulti sains pembangunan yang asalnya ditempatkan di kampus induk bangi. dengan penubuhan universiti malaysia sabah pada 1994, ukm kampus sabah ditutup secara rasminya pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke kampus induk bangi,selangor.
...............................................................................................................................
universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas fakulti dan tujuh belas institut kecemerlangan penyelidikan. ukm juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersil, iaitu ukm holdings Sdn. Bhd. dan ukm technology Sdn Bhd sebagai satu pendekatan dalam mengkomersilkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan universiti.