Sekarang saya menemui dia kembali. Dia menuruni tangga dengan muka yang cantik sedang saya naik ke atas dengan hati yang berdebar-debar. Apa sebabnya hati saya berdebar-debar tidaklah saya ketahui. Dikatakan kerana dia telah berubah baharu dalam pandangan saya juga tidak tetapi biarlah saya akui bahawa saya memang kagum melihat
‘ sikapnya’ yang luar biasa itu.