Menurut kamus dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendekiawan barat mentakrifkan globalisasi ini sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti mencakupi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Hal ini bermaksud segala perkara menjadi milik bersama dalam konsep langit terbuka. Globalisasi ini juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia ke daerah dunia yang lain. Hakikatnya globalisasi ini sudah wujud sebelum istilah globalisasi itu diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang besar yang sedang melanda dunia kii